lama dah aku tak layan drama tapi entah kenapa mungkin kelainan garapan pengisahan drama ini dari awal seolah menjanjikan sesuatu yang istimewa membuatkan aku menonton hingga akhir. Nyata benar sangkaan ku drama ini memang indah pengkisahannya walaupun ceritanya biasa2 sahaja.. tentang pengorbanan seorang isteri.. tetapi cara penceritaannya membuatkan airmataku berderai.. mungkin juga sebab aku dok membaca tentang kucing cacat Hero di blog sambil menonton drama.. tak tahulah mana yang lebih sedih sampai buat aku menangis nih.. apapun Isteriku Zulaikha TERBAIK!
Nizam : Bos. Nanti kalau satu hari nanti, bos tak nak kan Zulaikha, bagi tahu saya.
Bos : Kenapa?
Nizam : Biar saya kahwin dengan dia.
Bos : Tapi kau tak cintakan dia Zam.
Nizam : Cinta. Bos, kalau dalam sekelip mata Tuhan boleh anugerahkan kita rasa cinta dengan pandangan cinta yang pertama. Tak mustahil bos, dalam sekelip mata juga Tuhan boleh tarik segala rasa cinta itu dengan seribu kebencian. Jadi apa kita nak megahkan sangat dengan rasa cinta tu. Itu bukan hak mutlak kita, itu semua hak mutlak Tuhan.
best kan.. kan..
No comments:
Post a Comment