Saturday, February 23, 2013

PROGRAM PENGKARYA GURU 2013 -SIRI 1





Sudah dua hari aku di Hotel Flamingo Ampang menjalani kursus Program Pengkarya Guru Siri pertama bagi tahun 2013..Program ini dianjurkan oleh Majlis Buku Malaysia bersama Kem Pelajaran  Malaysia. Tujuan proram ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai pengkarya buku dan semestinya menghasilkan buku.

Mengimbas kembali bagaimana aku boleh sampai ke sini, ketika itu aku sesaja suka mencari kursus dan panduan cara menulis novel. Pencarian aku di google akhirnya menemukan aku dengan tawaran ini. Pada fikiran ku kursus ini cuma di hadiri sekali sahaja tetapi rupanya sebanyak 4 kali (siri) dan diakhir siri nanti kami para peserta akan menghasilkan naskah manuskrip yang akan diterbitkan..  dan buku tersebut cadangannya akan dilancar semasa Hari Guru tahun ini.

Totally serius lah! Terkejut juga aku dengar sebab sangkaku sekadar berkursus biasa. Namun inilah peluang yang TERBAIK bagiku tahun ini untuk meneroka bidang penulisan yang aku hanya mampu angan2 kan sebelum ini.. Bolehlah dikatakan aku adalah antara yang sangat bertuah kerana daripada lebih 300 permohonan, aku adalah salah seorang dari 160 peserta yang ditawarkan kursus ini.. (Pat on my back)

Berbalik pada program ini tadi, mendengar kata-kata, panduan, amanat dan perkongsian pengalaman oleh mereka yang arif dalam bidang ini memang telah membuka mata ku. Banyak input-input baru yang perlu aku cerna dalam fikiranku dan sangat menyegarkan. Aku harap aku akan berjaya menghasilan manuskrip karyaku sendiri di akhir program ini nanti dan ia akan menjadi titik tolak kepada manuskrip dan karya2 ku yang seterusnya.. cewah!

Esok pertemuan dengan penerbit. Penerbit pilihan ku ialah Cerdik Publication SB.. Genre pilihanku ialah Wordless book.. buku tanpa perkataan.. apa tu yer? Nanti aku belajar dan cerita yer..


PS: Gila panjang ayat entri aku kali ini.. bahasa pun lain sikit dari yang lama.. hahaha.. aku cuba nak aplikasikan apa yg dipelajari tetapi maaflah aku masih bertatih.. until next update. XOXO


4 comments:

  1. Betul...gile lain bc entri kak long kali ini..best2

    ReplyDelete
  2. Wow.. saya taktau program mcm ni wujud. Rupanya since last year dah ada. Congratulations for being selected. Hopefully able to buy your book soon.NExt year kalau ada i nak apply la

    ReplyDelete
  3. kita satu grup- camane dah ada drafnya untuk sesi kedua tak lama lagi?

    ReplyDelete
  4. hai khayr... iye? lama sudah saya tak kemaskini blog ni.. sibuk..sibuk.. terima kasij sudi singgah dan komen.. selamat berjaya unyuk awak juga.. walaupun susah dan banyak kali kena reject..huhuhu... saya kena kuatkan semangat.. awakpun sama. good luck..
    wawa.. malulah klong korang baca tulisan klong yg tah apa2 kat blog ni.. huhu..maaflah byk tulis pkr picisan selama ini..poppyseed.. cubalah tahun hadapan.. semoga berjaya.. bak kata saya sendiri dah ada ilmu barulah boleh bergerak dilandasan yg betul...

    ReplyDelete