Thursday, November 3, 2016

2016

Lama rupanya kutinggalkan blog ini.. last post 2014.. sibuk.. sibuk buat buku lps tu tapi tak berjaya publish.. kecewa gak tp takpelah xde rezeki.. mcm2 berlaku lps tu.. sampailah skrg.. rase nak menulis balik dan this is a quite safe place for me sbb takde sapa2 yg aku kenal atau kenal aku yg aku rase akan ke mari..hahahah.. i want more freedom to express myself and sadly fb and instagram dah penuh dgb family members, friends dan rakan sekerja yg not all can accept me as i am. People have expectation and they think they know me like this or like that when truth is i am a mix of everything.. 

Friday, October 31, 2014

Internet Download Manager


Internet Download Manager aka IDM. 


This is my favourite program yang wajib ada dm my pc or laptop.
Apa fungsi IDM ini? As its name... fungsi dia adalah untuk download lah... 
Compare to other download option to me this is fast and reliable. 
Sebagai guru memang banyak benda nak download. Dari dokumen, program, lagu dan video..
 IDM ni memang banyak membantu.
 Senang jer nak install. 
Just guna bantuan Encik Google dan search lah
 atau klik link berikut untuk pergi ke laman rasminya

 www.internetdownloadmanager.com

Di sini dia beri 30 hari Trial
dalam tempoh tu download lah sebanyak yg kamu mahu..

Tapi 30 hari mana cukupkan..
Kalau ada paypal boehlah beli program ni secara sah
Tapi kita mana ada paypal so terpaksa lah jadi pirate of the Carribean... :P
So this is for my future reference jugak
Jangan lah download crack atau patch..
Tak perlu semua tu..
Maybe bawak virus sekali...
Ada cara lebih mudah... takyah download apa2 pun...

Dah try on my window 8. 
Alhamdullliah dapat..
so ikutlah panduan diberi link d bawah ni...
nak taip balik malas..
tp kalau x faham... i boleh tolong terangkan... no hal..

http://freesoft787.blogspot.com/2013/03/how-to-crack-internet-download-manager.html

ikut jelah step by step dia.. senang jer..
Kalau dah berjaya... Happy downloading..

Downloading bahan2 yang bermanafaat jer yer..
bukan bahan yang terlarang :P


Here... me downloading Running Man  from http://kshowonline.com

buka laman yg ada video pilihan... 
semasa video sdg play akan keluar ikon download video...
klik ikon tersebut

(IE, Googlechrome automatik... tp Maxthon ada setting skit kena buat...
tp dh x ingat dah camana...hehe)



dah klik... tetapkan folder mana nak simpan dan....
 wallah... download sdg diproses.. 
utk drama kegemaran Runningman berdurasi 60 minit dan 720p, 
masa yg diambil ialah16 minit
bergantung pd network juga maybe.. saya guna Strymex..

Harap ini membantu semua dan diri saya sdri pada masa akan datang...



Saturday, February 23, 2013

PROGRAM PENGKARYA GURU 2013 -SIRI 1





Sudah dua hari aku di Hotel Flamingo Ampang menjalani kursus Program Pengkarya Guru Siri pertama bagi tahun 2013..Program ini dianjurkan oleh Majlis Buku Malaysia bersama Kem Pelajaran  Malaysia. Tujuan proram ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai pengkarya buku dan semestinya menghasilkan buku.

Mengimbas kembali bagaimana aku boleh sampai ke sini, ketika itu aku sesaja suka mencari kursus dan panduan cara menulis novel. Pencarian aku di google akhirnya menemukan aku dengan tawaran ini. Pada fikiran ku kursus ini cuma di hadiri sekali sahaja tetapi rupanya sebanyak 4 kali (siri) dan diakhir siri nanti kami para peserta akan menghasilkan naskah manuskrip yang akan diterbitkan..  dan buku tersebut cadangannya akan dilancar semasa Hari Guru tahun ini.

Totally serius lah! Terkejut juga aku dengar sebab sangkaku sekadar berkursus biasa. Namun inilah peluang yang TERBAIK bagiku tahun ini untuk meneroka bidang penulisan yang aku hanya mampu angan2 kan sebelum ini.. Bolehlah dikatakan aku adalah antara yang sangat bertuah kerana daripada lebih 300 permohonan, aku adalah salah seorang dari 160 peserta yang ditawarkan kursus ini.. (Pat on my back)

Berbalik pada program ini tadi, mendengar kata-kata, panduan, amanat dan perkongsian pengalaman oleh mereka yang arif dalam bidang ini memang telah membuka mata ku. Banyak input-input baru yang perlu aku cerna dalam fikiranku dan sangat menyegarkan. Aku harap aku akan berjaya menghasilan manuskrip karyaku sendiri di akhir program ini nanti dan ia akan menjadi titik tolak kepada manuskrip dan karya2 ku yang seterusnya.. cewah!

Esok pertemuan dengan penerbit. Penerbit pilihan ku ialah Cerdik Publication SB.. Genre pilihanku ialah Wordless book.. buku tanpa perkataan.. apa tu yer? Nanti aku belajar dan cerita yer..


PS: Gila panjang ayat entri aku kali ini.. bahasa pun lain sikit dari yang lama.. hahaha.. aku cuba nak aplikasikan apa yg dipelajari tetapi maaflah aku masih bertatih.. until next update. XOXO


Wednesday, November 14, 2012

My Exora & Me

24 hb November 2012
Aku dapat exora bold cfe merah ini
 
 
 
Aku namakannya Exora.. hahaha.. panggilan manja dia Exo.. oklah kan
Proses pembelian pinjaman dan sampai dpt kat tgn aku dalam seminggu lebih jer..
merasa lah wat jejalan masa raya haji tempoh hari..
Kenapa aku amik Exora?
Ramai yg kata aku single mingle buat apa amik keta beso..
Jawapan aku ialah..
Duit aku suka hati akulah nak beli keta apa aku suka.. haha
Takdelah aku jwb begitu.. cam kurang sopan plak kan..
Sebenarnya dah inilah kereta yang berjaya menarik hatiku ini.. chewah..
aku tengok yg lain semua tak berkenan..
berkenan luar tak berkenan dalam
berkenan dlm tak berkenan luar..
i only get what i want or not get it at all
pergh!!
 
oklah
yang aku berkenan kat exora ini adalah kerana
-saiz (size does matter) hehe.. besor boleh bawak ramai2.. jalan ramai2 meriah
-banyak pintu.. (taklah byk sbnrnya.. cam keta lain jugak tapi dibandingkan dengan satria aku yg 2 pintu tu.. lepas ni takdelah suara2 susahnyer nak masuk keluar keta ko ni.. sakit pinggang mak.. hehe
-interior dia yg sgt cun dan praktikal bagi aku.. senang nak kendali nak capai itu ini plus leather seat senang nak bersih
-luaran of courselah warna red plum yg cun melecun
-enjin cfe terbaik wok..
 
yg aku tak berkenan sgt mungkin sbb aku rasa terbuai bila amik selekoh laju2 berbanding stria aku.. maklumlah mpv ni tinggi tak macam satria aku rendah.. haha..mana sama beb.
 





Adik Exo dan Abang Knight sama2 pilihan hatiku
 
Abg Knight masih bersama ku walaupun dealer nak beli trade in 8K.. Sayang rasenyer nak bagi..
Dah 9 tahun AbgKnight dgn aku..
 tak pernah buat perangai ssekali jelah yg biasa2 jer..
pasal aku lenjan dia ganas2.. dua kali eksiden .. dua kali tu juga dia melindungiku dgn baik..
servis ikut suka poket jer.. sian Abg Knight..
Ni adik aku tgh pinjam Abgknight sebab wira dia rosak.. dah bbrp minggu tak jumpa AbgKnight.. Winduuunyer!!!
 
 
 

Bubu to the vet.. again

Hari ini aku hantar Bubu ke vet..
pagi2 lagi klinik Dr Razeem  blm bukak aku dah tunggu  depan pintu..
nipu ler tu..hehe.. sori.. takde lah awal pagi tp dlm kul 950pg.. Dr bukak kul 10pg..
 
Ceritanya,
 beberapa hari lalu Bubu bergaduh lagi dengan kucing hitam
  yg memang abang kawasan tersebut..
Akibat dari pergaduhan itu dia telah cedera..
Aku tahu dia cedera sebab dia jadi garang dan marah bila aku pegang kawasan tertentu pada badannya.. sakit ler tu..masa gaduh x ingat sakit..
 
Seperti yang diduga,
 semalam mula nampak luka2 dibadannya.. siap bernanahlagi..
dia pun macam tak bermaya jer.. telingapun sejuk cam demam.. beberapa hari nih tak bagi semua kucing tido bilik tp kesian plak semalam.. alas tuala dia kat atas katil dan bagi dia tido..
nak tido atas tangan..huhuhu.. sedey jer..
 
 
 
 nampak tak luka kat badan dia?
 
 
 
Masa kat vet baru jelas lukanya..
 bukan satu tapi di 4 bahagian.. mak aih!
Dekat sejam lebih jugaklah doktor  buat..
Mula2 dia bius bagi pengsan..
Dah pengsan macam ni.. terkulai..
 
 
baiknyer dia.. tak nguit sikitpun
 
 
Lepas tu doktor cukur bulu bahagian yang nak dirawat dan cuci luka2 tersebut
Doktor Rahman kata kena jahit sbb luka dia besar2.. so kena dekat 20 stich jugaklah.
 
 
ngilu tengok darah...
 
Selesai doktor jahit.. ramai patient menunggu kat luar.. sorilah semua eh..
sapa lambat kenalah tunggu..
 bayaran dikenakan RM100
merangkumi benang jahit 20, bius 30, upah cuci dan jahit 20, antibiotik (dienjet) 10, ubat spray kat dia 10 dan ubat sapu bawakbalik 10.. oklah kot.. sbb byk dia buat tp bocor lah poket aku..huhuhu
 
Balik rumah singgah Giant beli KFC.. nanti Bubu dah sihat lps 4 jam nak bagi dia punyer faveret ayam goreng... skali masa parking tersagat divider.. huhuhu.. bocor lagi poket aku
 
 
Sedey tengok bumper ni..huhuhu..belum sampai sebulan dan berparut..TIDAK!
ni tunggu bonus lah kot bru cat .. sib baik ada bonus hehe
 
 
 

Salam Maal Hijrah 1434


 
Hari ini hari baru bagi semua umat islam.. Hari ini juga hari bagi aku.. Hanya satu iltizamku dan aku berdoa agar Allah memudahkan bagiku mencapainya.. Aku tidak sempurna.. Aku penuh khilaf.. Setiap hari adalah hari2 yang kulalui dengan penuh kesedaran bahwa aku mahu menjadikannya lebih baik dan lebih dekat kepadaMu Ya Rabbi 
Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah 1434