Wednesday, April 27, 2011

Pencopet! Ko mencopet nikmat belajar kami!

Muar,  Satu kes kecurian telah berlaku di sebuah sekolah di sini. Kejadian tersebut telah disedari oleh beberapa orang murid sebuah kelas tahun 6. Pencuri tersebut telah berjaya melarikan sebuah projektor yang dipasang secara tetap dan berkunci mangga besi. Pencuri disyaki mengumpil bekas penyimpanan dan memotong kabel sambungan. Menurut saksi berkemungkinan pencuri memasuki blok tersebut melalui blok baru yang belum berpagar. Pihak sekolah sudah membuat laporan dan polis sudahpun menyiasat kes itu. Murid-murid kelas tersebut berasa agak kecewa dengan kejadian ini.  Ini bermakna mereka tidak lagi dapat mengikuti pembelajaran yang menarik melalui komputer selepas ini. Sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan teknik 'chalk & talk' , 'talk & talk', 'talk & scold' atau 'talk & joke'. Walaubagaimanapun mereka berasa lega kerana alat pengasah pensil cikgu Nurul tidak dicuri dan masih selamat berada di belakang kelas. Dengan ini mereka dapat mengasah pensil sehingga tajam dan kontot. Menulis dengan kemas dan cantik adalah satu kemestian. Pensil yang tajam menjadikan tulisan lebih cantik dan jelas. Demikianlah motto iklan yang sering cikgu Nurul war-warkan. Memandangkan peperiksaan UPSR semakin hampir,  mereka tidak akan menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak belajar. Sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan akan datang. Berita ini disunting oleh wartawan tak bernama.


ps:i am not BM teacher, sorry if the news is written in wrong format or if the words choice are not dramatic enough..
kiddos; don't apply this in BM penulisan kay..


this is not projector lcd yang hilang tuh.
 this is OHP (over head projector)
kira2 mcm bapa kepada LCD projector
lama gila x guna benda alah ini .. dah pupus ke agaknya.
.
 today i heard news from radio.. the last typewriter factory/ manufacturer finally closed..
sad
try tanya bebudak zaman skrg ..
 tahu x rupa typewriter?

this is a typewriter..

No comments:

Post a Comment